A'faf Wahida

Sabtu, 11 Jun 2011

Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya

“Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).
Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.
Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.
Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.
Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.
Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.

Dengan tidak semena-menanya selain gangguan dari pemeriksaan IAEA dan pematuhan dengan NPT dan penafian hak untuk mengunakan uranium, Iran menjadi ancaman utama Amerika Syarikat. Tentu sekali Iran menjadi ancaman terhadap Amerika Syarikat tetapi bukan sama sekali kerana nuklear. Apa yang Iran lakukan memburukkan lagi kemusnahan ekonomi Amerika Syarikat dengan menjadi sebuah lagi Negara pengeluar minyak yang mengenepikan NYMEX dan IPE serta menjual minyak mengunakan Euro, Yen dan lain-lain matawang.
Masalah Amerika Syarikat bukan hanya dana matawang Dollar untuk menyara kehidupan rakyatnya dan perbelanjaan mereka yang telah pun dibiayai oleh kita di seluruh dunia tetapi dana untuk membiayai tentera mereka bagi menunjukkan kekuatan kepada Negara-negara yang menjadi ancaman ekonomi Amerika Syarikat seperti Iran. Maka pembohongan ini sudah sampai ke penghujungnya kepada Amerka Syarikat.
Setelah Negara-negara di seluruh dunia menyedari bahawa mereka boleh membeli minyak dengan mengunakan matawang masing-masing selain dari Dollar maka lebih banyaklah Negara-negara Opec akan mengugurkan pengunaan matawang Dollar Amerika. Perkara yang terburuk sekali untuk Amerika Syarikat adalah mereka akhirnya akan terpaksa membeli minyak mengunakan Euro atau Ruble daripada hanya mencetak matawang mereka untuk mendapatkannya. Ini akan menjadi pengakhiran penguasaan empayar Amerika Syarikat dalam membiayai militarinya dan kemusnahan ekonominya.
Ini adalah sebab utama kenapa Iran sangat bahaya kepada mereka dan perlu dihentikan. Perkara ini tiada kena mengena dengan program nuklear Iran seperti juga yang berlaku di Iraq. Penipuan yang terhebat ini sudah sampai penghujungnya dan tiada apa yang boleh mereka lakukan selain dari memulai perang dunia yang baru. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
Rujukan: http://www.iranian.ws/iran_news/publish/article_25030.shtml

1 ulasan: